Amanah (Angkatan Amanah
Merdeka) adalah sebuah NGO ditubuh oleh orang kuat UMNO, Tengku Razaleigh
Hamzah (Ku Li) pada 2011. AMANAH adalah
sebuah pertubuhan yang masih mengekalkan prinsip-prinsip perjuangan UMNO ala
Semangat 46. Ku Li adalah sangat veteran dalam kong kalikong politik dan merupakan
orang BN tegar seumur hidup walaupun pernah menubuhkan parti Semangat 46 satu
waktu dahulu. Apabila sama-sama orang BN berbincang dan berstrategi maka ukurannya
ialah sama ada menguntungkan BN atau tidak di masa hadapan. Oleh itu rakyat bawahan
seperti anda dan saya mesti menyingkap dalang yang menaja dan menjanjikan
kemewahan yang berganda-ganda besarnya kepada Lajim dan Bumburing sehingga
sanggup menyertai PR.
Calon 'boleh menang' jadi ukuran Anwar dalam PRU13 sehingga menolak calon-calon
yang dikemukakan oleh PKR Sabah. Tetapi kesilapan paling besar Anwar dalam
pilihanraya kali ini ialah kerana menerima bulat-bulat calon-calon yang
dikemukakan oleh Lajim dan Bumburing tanpa bertanya kepada cabang terlebih dahulu.
Bukankah selama ini beliau memberikan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada
cabang-cabang yang menghormatinya dan setia berjuang dalam susah dan senang
selama 14 tahun di Sabah? Lajim mungkin boleh menang, Bumburing belum tahu.Tapi
calon-calon yang mereka pilih alahai...
Wilfrred
Bumburing yang mengetuai APS Sabah adalah juga Pengerusi Amanah di Sabah,
merangkap Timbalan Pengerusi Amanah Malaysia.
Ahli-ahli Amanah di Tuaran antaranya ialah, Monggoh Orow (Timbalan
Pengerusi Amanah Sabah), Mohd Fairuz Bandar (Naib Pengerusi Amanah Tuaran),
Haji Awang Puasa Jambul (Ketua Penerangan Amanah Tuaran), Haji Ghulabdin Enjih
(Pengerusi Amanah Kawasan Sulaman) dan Ramli Akim sebagai setiausaha. Kini
kesemua mereka bersatu dalam APS atas nama Amanah.
Peliknya,
Wilfred Bumburing menganggap dirinya sebagai pencetus gerakan revolusi di Sabah
dengan slogan ‘TUKARRR’…Tukar kepada apa kalau calonnya masih orang yang sama
bertanding pada tahun 2008 dahulu? Apa yang kita tahu, beliau adalah Timbalan
pengerusi AMANAH Malaysia dan Pengerusi Amanah Sabah. Ini bererti, Wilfred Bumburing masih menjadi
hamba kepada ketuanan politik UMNO dan semua calon-calon yang di pasang oleh
APS bertanding atas tiket Parti KeADILan Rakyat bukanlah para pemimpin yang
ikhlas dengan perjuangan keAdilan.
Tidak pernah
dalam sejarah Sabah dimana sebuah NGO atau Pertubuhan Bukan Kerajaan, boleh
diberi laluan untuk bertanding dalam pilihanraya. Keputusan pucuk pimpinan PKR menerima mereka
tanpa was was telah mengenepikan agenda
otonomi ataupun agenda untuk memperkasakan lagi suara rakyat Sabah kerana tidak
menghargai usaha Cabang KeAdilan Tuaran dengan memberi laluan kepada Wilfred
Bumburing menjadi calon di Parlimen Tuaran dan DUN Tamparuli. Wilfred Bumburing bukan ahli PKR yang sah dan
beliau tidak masuk jadi ahli! Adakah ini bermakna APS/AMANAH akan bergabung
menubuhkan sebuah parti baru selepas PRU-13?

